Amanah tidak mahu layan sindiran Sanusi

Iklan
Salahuddin Ayub

LUMUT - Parti Amanah Negara (Amanah) mengambil sikap tidak melayan sindiran Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terhadap tindakan seorang menteri yang menunggang lembu dalam video tular baru-baru ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, isu berkenaan tidak patut dipolemikkan berikutan ia merupakan usaha pemimpin untuk mendekati rakyat.

Iklan
Iklan

"Kadang-kadang petani, orang kampung nak tengok kita jadi macam orang kampung, jadi tak salah pun.

"Lagipun dia (Muhammad Sanusi) pun ada buat lebih daripada itu lagi. Jadi tak perlulah kita nak layanlah benda-benda macam itu," katanya ketika melawat sebuah kilang pembungkusan minyak masak di Manjung di sini pada Sabtu.

Iklan

Pada Jumaat, media melaporkan Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah menyelar tindakan seorang menteri yang dikatakan 'menunggang' lembu sehingga menyebabkannya ditertawakan

Beliau turut mengaitkan tindakan menteri berkenaan dengan prestasi yang didakwanya sangat mendukacitakan.

Iklan