Kedai gunting rambut di AS bayar kanak-kanak untuk membaca

Iklan
Kedai gunting rambut City Cuts menawarkan bayaran AS$3 (RM12) kepada kanak-kanak sekiranya mereka membaca buku di kedai tersebut. - Foto Latestly.com

PENNSYLVANIA - AMERIKA SYARIKAT . Sebuah kedai gunting rambut di Amerika Syarikat mempunyai cara tersendiri bagi membina keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak.

Kedai gunting rambut City Cuts di Kutztown, Pennysylvania menawarkan inisiatif 'Books by Kids' yang membayar kanak-kanak AS$3 (RM12) untuk membaca kepada tukang gunting ketika rambut mereka dipotong.

Iklan
Iklan

Pemilik City Cuts, Jonathan Escueta berkata, idea di sebalik program tersebut adalah untuk membina keyakinan diri kanak-kanak dengan memberikan mereka pengalaman terutama dalam pengucapan awam.

Escueta menambah, program terbabit diilhamkan oleh satu kajian yang menunjukkan peratusan tinggi dalam kalangan orang dewasa yang takut untuk bercakap di khalayak ramai. Agensi

Iklan
Iklan