Rumah Hamzah Zainudin diserbu LHDN?

Iklan
Hamzah

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikatakan menyerbu kediaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, pada Selasa.

Sumber memberitahu, dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi, Ahli Parlimen Larut itu difahamkan berada di rumah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, serbuan itu adalah susulan terdapat beberapa cukai yang tidak dilaporkan. Penguat kuasa turut dikatakan merampas beberapa fail termasuk dokumen pemilikan aset dan akaun.

Bulan lalu, Hamzah mengesahkan beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berkait satu kes pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Iklan

Beliau menjelaskan, keterangan itu dibuat susulan pertuduhan ke atas ahli perniagaan, Sim Choo Thiam di mahkamah.

Hamzah mendakwa, kes pertuduhan di mahkamah membabitkan ahli perniagaan itu yang turut mengheret namanya, jelas bertujuan untuk merosakkan nama baiknya, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN). - Awani

Iklan