KSN gesa penjawat awam buang mentaliti 'silo'
Iklan
Penjawat awam. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali menggesa penjawat awam agar membuang mentaliti 'silo' ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.
Katanya, warga kerja perlu bekerja dalam satu pasukan bagi memastikan setiap dasar dapat dilaksanakan sebaiknya seperti mana yang telah direncanakan.
Iklan
Iklan
Menurut Mohd Zuki, melalui platform kerjasama dan perkongsian antara rakan strategik juga mampu merangsang semangat kreatif dan inovasi dalam kalangan penjawat awam di negara ini.
"Ia selari dengan agenda yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Aspirasi Malaysia Madani dalam perkhidmatan awam dapat diserapkan. Antara konsep tersebut adalah kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, keyakinan dan ihsan.
Iklan
"Perkara itu tidak boleh dilihat sebagai satu fahaman politik atau slogan semata-mata tetapi perlu diterjemahkan kepada usaha murni berterusan yang dilaksanakan oleh kerajaan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian sijil dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 206 warga kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan MAKSAK Putra, Putrajaya pada Khamis.
Iklan
Majlis tersebut turut meraikan 233 penerima Anugerah Inovasi dan Kecemerlangan Tahun 2022 dan 29 pesara bagi Tahun 2023.
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM, Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed.
Mohd Zuki turut mengharapkan agar warga JPM menjadi lapisan pertama dalam merealisasikan agenda Malaysia Madani.
"Selain itu, JPM juga perlu menjadi agensi yang paling ke hadapan dalam memperbanyakkan inisiatif serta dasar bagi menyokong konsep Malaysia Madani demi memastikan visi membina Malaysia yang Madani, Maju dan Sejahtera menjelang 2030," dapat direalisasikan," jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>