Polis siasat helikopter mendarat hantar pelajar ke sekolah

Iklan
Tular video di media sosial yang memaparkan sebuah helikopter mendarat di kawasan lapang berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11 Shah Alam pada Selasa.

SHAH ALAM - Tindakan sebuah helikopter mendarat di kawasan lapang berhampiran taman perumahan berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11 di sini mencetuskan suasana gempar dalam kejadian pada 17 April lalu.

Video kejadian yang dirakam penduduk sekitar kawasan itu mendapati helikopter terbabit telah mendarat untuk menghantar seorang pelajar sekolah daripada sebuah sekolah swasta di Setia Eco Park dekat sini.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit setelah menerima makluman berkaitan kejadian menerusi video tular.

"Satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam IPD Shah Alam untuk tindakan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai Refer Other Agency (ROA) dan akan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk tindakan selanjutnya.

Pada Selasa, tular video di media sosial memaparkan sebuah helikopter yang mendarat di kawasan lapang berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11 Shah Alam dekat sini.

Iklan

Video tersebut rata-ratanya menimbulkan perasaan kurang senang netizen yang mempertikaikan kejadian tersebut.