'Tiada isu Pemuda UMNO nak boikot Presiden' - Akmal

Iklan
Muhamad Akmal bercakap semasa sidang media pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2023 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Sabtu. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan sayap parti itu tidak sehaluan dengan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ekoran kelantangannya mengenai beberapa isu terutama berkaitan DAP.

Beliau berkata, kelantangannya yang menuntut parti berkenaan memohon maaf kepada UMNO adalah suara akar umbi sekali gus menjadi tanggungjawabnya untuk menyuarakan perkara berkenaan.

Iklan
Iklan

"Tidak ada pergeseran antara Pemuda dengan Presiden (Ahmad Zahid). Pemuda tidak menentang Presiden (tetapi) kami hanya membawa suara akar umbi, kami tetap hormati institusi Presiden.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus terdapat sebilangan perwakilan Pemuda yang seakan-akan menunjukkan ketidakpuasan hati secara terang-terangan dengan tidak berdiri ketika Ahmad Zahid hadir ke Perhimpunan Agung Pemuda yang berlangsung pada Jumaat.

Iklan

Dalam pada itu Dr Muhamad Akmal dengan tegas menepis dakwaan berkenaan dan meminta pihak yang membangkitkan perkara itu menonton semula video ketika ketibaan Presiden di dewan.

"Tidak betul. Bila Presiden datang, kami bangun dan tepuk tangan untuk Presiden, malah saya sendiri duduk di bawah meraikan kehadirkan beliau bersama kita," katanya.

Iklan

Sementara itu mengenai tuntutan maaf daripada DAP, beliau berkata, ia mampu meredakan suhu politik terutama dalam kalangan penyokong UMNO dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

"Bila kita minta DAP minta maaf bukannya kita tak 'move on', kita tetap berjalan seperti biasa tetapi ini adalah suara akar umbi yang perlu diterjemahkan sebagai pemimpin.

"Sama ada DAP mahu minta maaf atau tidak, terpulang kepada DAP untuk memikirkan apa kebaikan dan keburukan. Kita nak menghadapi (PRN) bersama. Sudah tentu kedua-dua pihak perlu rasa senang hati dan boleh bekerjasama," ujarnya.