Pentadbiran PH cacamarba, kata Noh Omar
Iklan
Noh (dua, kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyampaian Sumbangan Mangsa Ribut di Kampung Bestari Jaya di sini, semalam.
BESTARI JAYA - Perlaksanaan segala dasar yang dibuat kerajaan negeri dilihat tidak konsisten dan hanya menyebabkan kehidupan rakyat semakin menderita.
Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, pemansuhan beberapa insentif termasuk khairat kematian membuktikan dasar yang dilaksanakan pentadbiran PH cacamarba dan tidak berterusan.
Iklan
Iklan
"Kita melihat bahawa kerajaan Selangor tidak yakin dengan dasar yang dibuat dan akhirnya menilai bahawa dasar itu tidak betul dan terpaksa memberhentikannya," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Mangsa Ribut di Kampung Bestari Jaya di sini, semalam.
Iklan
Seramai 51 mangsa ribut yang melanda kampung itu pada Mac lalu menerima sumbangan berkenaan.
Noh berkata, beliau yakin rakyat negeri ini boleh menilai dasar dan melihat sendiri pembangunan yang berlaku di negeri ini.
Iklan
Katanya, rakyat di negeri ini bijak dalam berpolitik dan ini dapat dilihat selepas BN kembali merampas kerusi DUN Semenyih.
"Saya melihat politik di Selangor ini memang mudah berubah contohnya, kita memenangi semua 22 kerusi Parlimen dan 54 daripada 56 kerusi DUN pada 2004.
"Tetapi apabila rakyat negeri Selangor berkehendakkan sesuatu perubahan, maka pada tahun 2008 BN yang menang di semua kerusi Parlimen dan DUN akhirnya tewas hingga kita menjadi pembangkang di negeri ini," katanya.
Beliau berkata, di peringkat persekutuan pula, Kerajaan PH yang sebelum ini sering mengkritik pentadbiran BN dilihat membuat pusingan U.
"Dari segi membuat dasar untuk memberikan pembelaan kepada rakyat, dasar kerajaan BN lebih praktikal, bertahan lama dan lebih disenangi rakyat.
"Kita tidak berjanji yang bukan-bukan contohnya seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia apa pun mereka cakap yang dapat manfaatnya ialah rakyat," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>