PRU15 umpama tsunami sokong Melayu
Iklan
Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik
SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pusat, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) umpama tsunami yang bergerak ke arah perpaduan menyokong Melayu.
Menurutnya, kerjasama di antara Bersatu dengan Pas telah mengukuhkan lagi hala tuju perjuangan.
Iklan
Iklan
"Saya yakin gelombang ini akan kekal hingga Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana kita seolah-olah sudah menjadi seperti politik Amerika Syarikat kerana mempunyai dua gagasan itu Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Siri 400 yang bertajuk PRN: Siapa Patut Rakyat Pilih yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini, pada Selasa.
Iklan
Program itu dihoskan Ismail Adnan dan turut menampilkan tiga panelis lain iaitu Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Nor Azrina Surip.
Pada masa sama, Abdul Rahim turut memaklumkan setiap parti politik perlu mempunyai ideologi dan hala tuju perjuangan.
Iklan
Jelas beliau, pada masa kini rakyat yang mengundi akan melihat kepada ideologi terlebih dahulu.
"Apa yang boleh saya katakan ideologi yang ditampilkan oleh PN adalah lebih jelas kerana kita mahu ‘PN Best’ iaitu prihatin, stabil dan bersih.
"Namun ideologi sebelah sana (kerajaan) kita tidak nampak lagi termasuk UMNO, mungkin ia mahu selamat dan begitu juga dengan Parti Amanah Negara (Amanah),” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>