Anwar lawat Petronas
Iklan
Anwar (dua dari kanan) pada Selasa mengadakan lawatan kerja ke Petronas di Menara Berkembar Petronas dan turut diberi taklimat berhubung industri minyak dan gas. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengadakan lawatan kerja ke Petronas di Menara Berkembar Petronas dan diberi taklimat berhubung industri minyak dan gas oleh syarikat petroleum nasional itu.
Anwar berkata, taklimat turut menyentuh berhubung perencanaan dan strategi masa hadapan Petronas dalam usaha untuk menghasilkan sumber pertumbuhan baharu yang lebih lestari dan bertanggungjawab.
Iklan
Iklan
"Saya juga telah mengadakan pertemuan serta perbincangan berasingan bersama Ahli Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan untuk mendengar perkembangan terkini mengenai tugasan yang dilaksanakan.
Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan di Menara Berkembar Petronas itu disambut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.
Iklan
Turut hadir Penasihat Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican; Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Bakke Salleh serta Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Petronas; Liza Mustapha. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI Tabung Haji: BN tidak kompromi jika terbukti berlaku penyelewengan - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="Barisan Nasional (BN) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati melakukan penyelewengan, pecah amanah atau gagal mematuhi prinsip tadbir urus sekiranya dakwaan yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji terbukti benar.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana pihak yang didapati bersalah perlu berdepan dengan tindakan sewajarnya tanpa mengira kedudukan atau jawatan mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790959/berita/nasional/rci-tabung-haji-bn-tidak-kompromi-jika-terbukti-berlaku-penyelewengan---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RCITH #TabungHaji"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-06T04:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dB6W61gT18HamhY-L/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xavajgm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xavajgm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xavajgm"></script>