Tun M akui pernah pujuk Guan Eng bayar lebih kepada Kedah

Iklan
Tun Dr Mahathir

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui pernah memujuk bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk membayar pajakan Pulau Pinang kepada Kedah dengan kadar lebih daripada RM10,000 pada setiap tahun semasa menjawat jawatan tersebut.

Beliau berkata demikian selepas isu kontroversi kedua-dua negeri itu ditimbulkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

Iklan
Iklan

"Dari segi sejarah, Sultan Kedah ketika itu bersetuju untuk menyerahkan Pulau Pinang dengan pembayaran 6,000 dollar Sepanyol setahun. Kemudian ditambah dengan jalur tanah besar bertentangan (Seberang Perai) yang bernilai pajak 4,000 dolar Sepanyol setahun.

"Saya tidak akan berkata apa-apa tentang apa yang terjadi kepada dua negeri ini kecuali mengakui bahawa saya telah memujuk Guan Eng semasa beliau menjawat Menteri Kewangan untuk memberi lebih RM10,000 kepada Kedah setiap tahun,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Iklan

Tambahnya, penyerahan kepada British itu diikat dengan perjanjian mempertahankan Kedah daripada ancaman luar, bagaimanapun umum mengetahui British memungkiri perjanjian itu.

Muhammad Sanusi mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah.

Iklan

Beliau berkata Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.