Psikologi jemaah haji sentiasa diberi keutamaan
Iklan
Mohamad Hanif (empat dari kiri) melakukan lawatan ke bilik penginapan bagi mengetahui keadaan psikologi jemaah.
MAKKAH - Masalah gangguan fikiran seperti depresi dan Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) antara masalah yang diadukan jemaah haji pada tahun ini kepada Unit Perkhidmatan Kaunseling Tabung Haji (TH).
Walaupun peratusan kes itu amat kecil, ia tidak dipandang ringan kerana unit berkenaan amat menitikberatkan psikologi jemaah haji bagi membolehkan mereka fokus dalam menjalankan ibadah.
Iklan
Iklan
Pengurus Kaunseling, Mohamad Hanif Napi berkata, terdapat beberapa faktor yang mendorong berlakunya gangguan minda jemaah antaranya berjauhan dengan keluarga dan tidak bersedia untuk ke Tanah Suci.
Oleh itu katanya, unit perkhidmatan kaunseling berperanan sebagai pasukan yang menyokong kesejahteraan psikologi dan juga kesihatan mental dalam kalangan jemaah haji serta petugas.
Iklan
"Kami lakukan pencegahan awal untuk menguruskan kesejahteraan psikologi dan kesihatan mental dalam kalangan jemaah haji melalui beberapa kaedah yang telah disusun.
"Kita lakukan lawatan silaturrahim bilik ke bilik yang, melalui aktiviti itu kami dapat kesan beberapa isu, konflik yang boleh kita bantu dari awal lagi,” katanya pada sidang media di Hotel Abraj Al Janadriyah, di sini.
Iklan
Kata Mohamad Hanif, pihaknya turut melakukan penambahbaikan terbaharu pada tahun ini dengan mengetengahkan info berkaitan kesejahteraan psikologi dan kesihatan mental dalam aplikasi THhujjaj.
Mohamad Hanif
"Di situ kita telah paparkan beberapa info atau infografik berkaitan kesejahteraan psikologi dan kesihatan mental seperti kaedah mengawal kemarahan, mengekalkan perhubungan positif antara rakan sebilik dan dalam keluarga serta pengurusan kewangan berhemah.
"Kita juga salurkan tips untuk mengekalkan perhubungan komunikasi yang baik antara suami dan isteri, semua khidmat nasihat itu kita paparkan melalui saluran televisyen di bilik penginapan masing-masing,” katanya.
Mohamad Hanif berkata, pihaknya turut menyediakan sudut ekspresi diri di unit berkenaan yang membolehkan jemaah menghilangkan stress masing-masing melalui beberapa kaedah terapi ringkas.
Selain ditunjangi lapan anggota untuk memberikan khidmat kepada jemaah, unit kaunseling turut menyediakan talian Peka untuk membantu jemaah yang memerlukan bantuan secara langsung.
"Untuk Masyair nanti, kita akan ada Program Prihatin Tetamu Ar-Rahman atau peneman - iaitu program membantu jemaah haji yang memerlukan bantuan seperti iringan contohnya untuk tolak ke tandas dan sebagainya.
"Sebelum ini dikenali sebagai program jemaah haji warga emas - bermula tahun lepas kita dah jenamakan semula dan kategori itu ialah mereka berumur 70 tahun ke atas, tiada pengiring, dan kalau berkaitan kesihatan, mereka ini bukan sakit terlantar atau sakit kronik.
"Mereka ini yang perlu diberi bimbingan, mungkin ada kekurangan dari segi ingatan untuk beribadah jadi kita kena ingatkan mereka..dari segi urus diri pun sama, kalau kita tengok pengalaman sebelum-sebelum ini, ada yang kita kena uruskan mandi.. nak bawa ke bilik air, jadi mereka ini istimewa,” katanya.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.