MetMalaysia keluar amaran cuaca panas tahap satu di Bentong

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga di Bentong, Pahang.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga di Bentong, Pahang.

MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin memaklumkan, amaran cuaca panas tahap satu berlaku sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, status cuaca panas tersebut dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius.

"Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/," katanya.

Iklan
Iklan