Kopsya cadang terbitkan sukuk berjumlah RM2 bilion
Iklan
Abdul Fattah (duduk, tiga dari kiri) semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke sembilan Kopsya di Pejabat Angkasa, pada Isnin.
KOPERASI Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (Kopsya) bercadang untuk menerbitkan sukuk berjumlah RM2 bilion bagi memenuhi pembiayaan koperasi yang tidak mencukupi.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, sejak 10 tahun ditubuhkan, sebanyak 130 koperasi telah diluluskan yang memerlukan peruntukan RM1 bilion.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun menurutnya, daripada jumlah tersebut, RM680 juta telah diluluskan dan kekurangan dana sebanyak RM320 juta.
"Ini sebab kita akan menerbitkan sukuk untuk memenuhi keperluan itu bagi menjayakan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh koperasi.
Iklan
"Ini termasuk syarikat besar untuk pembiayaan pinjaman dan pembiayaan projek menerusi beberapa sektor yang telah diputuskan termasuk peruncitan, pemborongan, pelancongan, kesihatan, hartanah dan lain lagi yang akan dipertimbangkan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke sembilan Kopsya di Pejabat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), pada Isnin.
Iklan
Tambah beliau, tiga bank terlibat dengan penerbitan tersebut dan sedang dimuktamadkan oleh ahli lembaga Kopsya sebelum dibawa kepada Suruhanjaya Koperasi untuk mendapatkan kelulusan.
Jelasnya yang juga Presiden Angkasa, penerbitan tersebut disasarkan pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.
Menurut Abdul Fattah, sekiranya diluluskan, masalah pembiayaan modal, dana di Kopsya akan diatasi dengan adanya sumber pembiayaan modal daripada sukuk.
"Kalau tidak, hasrat Kopsya untuk menjadi sebuah institusi koperasi yang beri pembiayaan kepada koperasi lain mungkin tidak dapat capai,” ujarnya.
Dalam masa sama, menurut beliau, Kopsya turut mensasarkan 3,000 koperasi akan mendaftar menjadi ahlinya pada 2027.
Jelas Abdul Fattah, Kopsya turut mensasarkan untuk menambah modal saham koperasi daripada minimum RM1,000 kepada yang lebih besar.
Tambahnya, ia supaya lebih banyak dana dapat dikumpul dan seterusnya boleh diberikan kepada permohonan yang belum selesai.
"Aktiviti utama Kopsya adalah menyediakan kemudahan pembiayaan kepada koperasi untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
"Untuk makluman, daripada 15,315 koperasi yang berdaftar, sebanyak 1,600 telah pun menjadi ahli Kopsya. Lebih kurang 10 peratus,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>