KPT pendekkan tempoh pengajian kepada 3 tahun
Iklan
Mohamed Khaled (kanan) selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Jom Masuk U 2023 di Universiti Malaya pada Ahad. - Foto SINAR HARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memendekkan tempoh pengajian sesetengah program daripada empat tahun kepada hanya tiga tahun.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, atas dasar itu, sebanyak 44 program pengajian dari sembilan institut pengajian tinggi awam (IPTA) telah dikenal pasti untuk dipendekkan tempoh pengajiannya.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, perkara tersebut mampu mengurangkan jumlah pinjaman atau kos pengajian yang perlu ditanggung selain membuka peluang untuk graduan memasuki pasaran kerja setahun lebih awal.
"Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa mengemas kini program dan jurusan yang ditawarkan oleh IPT di seluruh negara.
Iklan
"Kita mahu program dan jurusan tersebut disusun dengan cara terbaik dan menguntungkan semua pihak,” katanya semasa Majlis Penutupan Program Jom Masuk U 2023 di Universiti Malaya pada Ahad.
Tambah beliau, pengurangan tempoh pengajian itu tidak melibatkan institut pengajian tinggi swasta (IPTS).
Iklan
Bagaimanapun katanya, ia terpulang kepada IPTS itu sendiri untuk melaksanakannya.
Sebelum ini pada 25 Februari, media melaporkan KPT sedang mencari jalan untuk mengurangkan beban pelajar, termasuk dengan memperkenalkan kursus fleksibel dan memendekkan tempoh pengajian bagi program tertentu di universiti awam.
Mohamed Khaled berkata, langkah itu akan membolehkan pelajar menjalani pengajian di rumah selama dua tahun, sebelum menamatkan baki kursus mereka secara fizikal di universiti.
Tambahnya, kementerian juga akan melihat untuk menambah baik yuran pengajian bagi kursus-kursus yang akan mengurangkan penggunaan kemudahan universiti.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>