Padah letak lori di kawasan perumahan

Iklan

KUALA LANGAT - Tindakan seorang pemilik syarikat pengangkutan meletakkan lori seberat lebih 2 tan metrik di kawasan perumahan Telok Panglima Garang, mengundang padah apabila dia didenda RM700 atau satu bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Telok Datok di sini pada Rabu.

Lelaki berusia 50-an itu dikenakan hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Khairul Farhi Yusob.

Iklan
Iklan

Dia yang hadir tanpa diwakili oleh peguam didakwa mengikut Peruntukan Undang-Undang Kecil 7(1), Undang-Undang Kecil Taman MDKL 2005.

Dalam pada itu, seorang lagi individu berumur 50-an dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah kerana mempamerkan iklan tanpa lesen daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Iklan

Dia dituduh mengikut pertuduhan di bawah peruntukan sama, bawah Undang-Undang Kecil Iklan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 2007.

Dua kes berkenaan dikendalikan Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abd Rahim.

Iklan

Sementara itu, MPKL mengingatkan bahawa, pemilik dilarang meletakkan kenderaan berat di kawasan perumahan, kerana ia boleh menyebabkan kemalangan dan kerosakan jalan raya.