'Menteri jangan campur urusan kami'- Awesome TV

Iklan

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil diminta supaya tidak mengganggu urusan dalaman stesen televisyen termasuk hal-hal komersial membabitkan pembekalnya.

Awesome TV dalam satu kenyataan membantah tindakan menteri itu kerana mengeluarkan kenyataan bertujuan mencampuri urusan stesen berkenaan.

Iklan
Iklan

"Untuk pencerahan, kami ingin membuat kenyataan bahawa pihak yang bertanggungjawab untuk produksi rancangan televisyen dan juga hal-hal pembayaran kepada syarikat-syarikat produksi adalah syarikat perantaraan atau ejen yang dilantik oleh pihak stesen televisyen dan bukannya stesen televisyen.

"Menteri juga membuat rujukan kepada peranan My Creative Ventures Sdn. Bhd. (My Creative) yang menyuntik pinjaman perniagaan kepada penggiat seni. Pihak stesen televisyen tidak langsung berurusan dengan My Creative. Maka, tidak wajar bagi menteri atau pihak My Creative membuat apa-apa kenyataan mengenai stesen televisyen,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Jelas kenyataan itu lagi, selaku stesen televisyen yang berpegang teguh kepada prinsip integriti, Awesome TV telah menjalankan operasi syarikat dengan mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memburukkan imej Awesome TV dengan tidak adil.

"Sebagai seorang menteri, Fahmi sewajarnya membuat kajian lanjut terutamanya dengan Awesome TV dan tidak melemparkan kata-kata yang memberi kesan negatif dan tidak adil kepada stesen TV ini.

Iklan

Pada Isnin, Fahmi menggesa agar stesen televisyen terbabit menjelaskan bayaran tertunggak dengan beberapa pihak lain termasuk agensi bernaung di bawah kementeriannya, My Creative Ventures (MCV).

Kata Fahmi, Awesome TV beroperasi dengan berlakunya pelanggaran syarat-syarat perlesenan seperti apa dimaklumkan pihak SKMM.

Beliau turut mengesahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan kompaun terhadap Awesome TV kerana didakwa menerbitkan kandungan berita yang melanggar undang-undang.