Rakyat berhak tahu dana pembinaan kapal LCS
Iklan
Kenaikan kos sebanyak RM2.2 bilion untuk projek LCS cetuskan keprihatinan serius mengenai sumber dana tambahan yang digunakan. - Gambar hiasan
ALOR SETAR - Rakyat berhak mengetahui dengan tepat tentang sumber kewangan negara yang digunakan dalam kontrak pembinaan lima buah kapal tempur pesisir atau Littoral Combat Ship (LCS) yang telah meningkat kepada RM11.2 bilion.
Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, ahli Parlimen juga berhak mengetahui mengapa keputusan yang membebankan itu diambil tanpa kebenaran Parlimen.
Iklan
Iklan
Katanya, pengumuman terbaru dikeluarkan oleh syarikat Boustead Heavy Industrties Corporation Berhad (BHIC) di Bursa Malaysia menyatakan bahawa nilai keseluruhan kontrak pembinaan kapal terbabit telah meningkat sebanyak sebanyak 24.4 peratus daripada kos asal iaitu RM9 bilion.
"Kenaikan kos sebanyak RM2.2 bilion ini telah mencetuskan keprihatinan yang serius mengenai sumber dana tambahan yang digunakan.
"Apatah lagi ia tidak ada peruntukan dalam Belanjawan 2023 dan berlaku tanpa kelulusan dari Parlimen," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Iklan
Menurutnya, situasi itu turut menimbulkan pertanyaan adakah kerajaan mengambil kira implikasi kewangan jangka panjang dan kesan negatif yang timbul akibat peningkatan kos yang terlalu besar itu.
"Kegagalan dalam menguruskan projek ini dengan telus dan bertanggungjawab hanya akan membawa kepada kehilangan dana yang seharusnya digunakan untuk keperluan yang lebih penting dan berkesan bagi rakyat," katanya.
Iklan
Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Perikatan Nasional Parlimen Sik berkata, rakyat juga masih menanti tindakan susulan yang diambil oleh kerajaan berkenaan kes pendakwaan sebelum ini.
"Ini termasuk keberadaan dana hasil kutipan cukai yang hilang. Rakyat secara keseluruhannya masih menanti jawapan siapa yang sebenarnya harus dihadapkan ke muka pengadilan dan bertanggungjawab atas pencurian dana negara dalam projek LCS yang telah berjalan sejak tahun 2013," katanya.
Ujarnya, kerajaan perlu segera mengubah perolehan kewangan kerajaan yang lebih telus dan jujur serta mengambil langkah-langkah drastik untuk mengelakkan kebocoran besar yang lebih teruk dalam dana kewangan negara.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>