JDT dalam kelas tersendiri

Iklan
Tangkap layar komen Tunku Ismail di laman Instagram kelab, officialjohor.. Tunku Ismail

KELAB Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mengintai kejuaraan ke-10 Liga Super musim ini berbeza daripada setiap aspek berbanding pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Pemiliknya yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan perbezaan yang dimiliki skuad Harimau Selatan itu termasuk daripada segi kualiti rumput, infrastruktur hingga ke tempat simpan baja.

Iklan
Iklan

"Kawalan kualiti dalam setiap aspek dan fokus kepada perincian membuatkan kami lain daripada yang lain. Itulah falsafah yang saya terapkan dalam kelab kami," katanya menerusi satu komen di laman Instagram kelab, officialjohor.

Skuad Harimau Selatan memegang status sebagai kelab elit negara menerusi kemudahan canggih berkelas dunia.

Iklan

Pasukan bimbingan Esteban Solari itu ketika ini memimpin Liga Super menerusi kemenangan bersih 12 perlawanan untuk mengutip 36 mata.

JDT melakar sejarah tersendiri sudah merangkul Liga Super sembilan kali berturut-turut sejak 2014.

Iklan