Pesara kerajaan rugi RM129,800 diperdaya 'anggota polis'

Iklan
Seorang pesara kerajaan kerajaan kerugian RM129,800 setelah diperdaya sindiket 'Phone Scam' yang menyamar sebagai anggota polis.

KUANTAN - Seorang pesara kerajaan kerajaan kerugian RM129,800 setelah diperdaya sindiket 'Phone Scam' yang menyamar sebagai anggota polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman memberitahu, mangsa seorang wanita berusia 61 tahun telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar polis Bukit Aman pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek memaklumkan bahawa mangsa terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia dan mempunyai waran tangkap.

"Setelah berbuat demikian mangsa telah curiga kerana suspek masih meminta membuat pemindahan wang lagi ke akaun berlainan," kata beliau dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Ujar beliau, sumber kewangan mangsa adalah daripada wang simpanan sendiri.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

Iklan

"Sekiranya diminta untuk memberikan apa-apa maklumat perbankan, jangan dedahkan apa apa maklumat.

"Masyarakat juga dinasihatkan supaya kerap membuat semakan atas kemasukan/pengeluaran wang yang mencurigakan dalam akaun sendiri supaya tidak menjadi suspek keldai akaun," tambah Yahaya lagi.