Pejabat Mat Sabu nafi terlibat promosi skim pelaburan patuh syariah

Iklan
Mat Sabu

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menafikan menteri itu terlibat dalam promosi skim pelaburan patuh syariah seperti dalam satu poster menggunakan gambar beliau yang tular di media sosial.

Pejabat itu menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Mohamad hari ini memaklumkan, menteri itu tidak pernah memberi izin kepada mana-mana pihak untuk gambar beliau digunakan dalam sebarang promosi seumpama itu.

Iklan
Iklan

"Justeru penyalahgunaan ini perlu diberhentikan segera,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga telah membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung perkara berkenaan. - Bernama

Iklan

Iklan