MKT UMNO terima penjelasan Ahmad Maslan isu undi calon DAP
Iklan
KUALA LUMPUR - Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO terima penjelasan ahlinya, Datuk Seri Ahmad Maslan mengenai gesaan agar parti itu mengundi calon DAP pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ini kerana partinya ingin mengekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga habis penggal.