Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, banjir landa Makkah
Iklan
RIYADH- Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi hari ini menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran hujan lebat berterusan selama lima hari selain ribut petir disertai ketulan air batu dan banjir kilat di kebanyakan wilayah di negara itu, mulai hari ini, Jumaat sehingga Selasa depan.
Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik kenyataan direktorat itu melaporkan, Kota Makkah yang menempatkan masjid paling suci umat Islam iaitu Masjidil Haram akan turut terkesan berikutan fenomena itu.