Lelaki ditahan muat naik kandungan hina raja, provokasi kaum

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Polis pada Khamis menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun di Seremban, kerana disyaki memuat naik kenyataan berunsur penghinaan terhadap institusi beraja dan provokasi perkauman menerusi laman sosial Twitternya.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, polis turut merampas satu telefon bimbit dan dua kad sim semasa menahan lelaki terbabit.

Iklan
Iklan

Noorsiah berkata. kes lelaki berkenaan disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian terhadap mana-mana raja dan kerajaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau menasihatkan orang ramai menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta tidak menggunakan platform berkenaan sehingga boleh mendatangkan kegusaran awam serta menggugat keharmonian negara terutamanya melibatkan isu 3R (Bangsa, Agama, Raja).

Iklan
Iklan

Katanya. tindakan tegas boleh dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang menyalahgunakan media sosial mengikut peruntukan undang-undang demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.- Bernama