Anjing paling berpengaruh di media sosial, jana jutaan ringgit

Iklan
Anjing dari jenis golden retriever itu kini memiliki 25 juta pengikut di semua media sosial dengan 11.1 juta di TikTok, 5.1 juta di YouTube, 4.3 juta di Facebook, 3.4 juta di Instagram dan 62,400 di Twitter. - Foto Instagram tuckerbudzyn

SEEKOR anjing yang dikenali dengan nama Tucker Budzyn dikatakan menjadi haiwan paling berpengaruh di media sosial sehingga diangkat sebagai influencer (pempengaruh).

Menerusi kajian yang dijalankan oleh syarikat Printed Pet Memories, anjing tersebut didakwa menerima pendapatan sehingga RM4.5 juta setahun hasil menjadi influencer di media sosial.

Iklan
Iklan

Tucker dikatakan mula menerima bayaran dalam setiap hantaran yang dibuat sejak berusia dua tahun. Anjing milik Courtney Budzyn tersebut kini berusia lima tahun.

"Tucker menerima bayaran daripada RM181,000 sehingga RM272,000 untuk 30 minit penampilan di YouTube manakala RM100,000 untuk tiga hingga lapan hantaran di Instagram,” dakwa Courtney seperti dilaporkan The New York Post.

Iklan

Tucker dilihat melakukan pelbagai aktiviti termasuk memakai kasut, bermain serta memastikan pemiliknya berpura pura mati.

Anjing dari jenis golden retriever itu kini memiliki 25 juta pengikut di semua media sosial dengan 11.1 juta di TikTok, 5.1 juta di YouTube, 4.3 juta di Facebook, 3.4 juta di Instagram dan 62,400 di Twitter.

Iklan

Courtney dan suaminya, Mike telah berhenti dari kerja untuk menjaga Tucker dan anaknya, Todd secara sepenuh masa. - Awani