Ferrari intai khidmat Hamilton

Iklan
Hamilton. - Foto Agensi

FERRARI dilaporkan bersedia membawa pemandu sensasi Lewis Hamilton dari Mercedes menerusi tawaran mencecah 40 juta pound (RM226.2 juta) pada musim 2024.

Daily Mail melaporkan pasukan terkenal Formula Satu (F1) itu sanggup menawarkan Hamilton kontrak lumayan bagi menarik minat juara dunia tujuh kali itu.

Iklan
Iklan

Strategi itu difahamkan bagi mengembalikan semula status Ferrari dengan presiden syarikat, John Elkann sudah berhubung dengan Hamilton.

Jika perancangan itu berjaya direalisasikan Hamilton bakal bergandingan dengan Charles Leclerc dan ini bermakna Ferrari perlu melepaskan Carlos Sainz daripada kontraknya setahun lebih awal.

Iklan

Alternatif lain, Ferrari dilaporkan turut bersedia untuk membenarkan Leclerc berhijrah ke Mercedes bagi mendapatkan Hamilton.

Bos Mercedes, Toto Wolff baru-baru ini mengakui Leclerc berada dalam bayangannya ketika spekulasi masa depan Hamilton bersama pasukan itu masih belum terjawab.

Iklan

Kontrak Hamilton bersama Mercedes dijadualkan berakhir penghujung musim ini tetapi pemandu berusia 38 tahun itu masih belum menandatangani kontrak baharu.