SHAH ALAM - Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) memaklumkan penggunaan e-invois yang bermula Jun 2024 akan mempersiapkan negara terhadap sistem percukaian baharu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi berkata, pelaksanaannya itu akan memperkemas dan mengukuhkan sistem cukai negara serta penilaian risiko pematuhan yang lebih tepat.