City belum cukup padu - Guardiola

Iklan
Guardiola. Foto EPA

PEP Guardiola meletakkan standard yang tinggi buat Manchester City untuk dilabel sebagai kelab terbaik ketika The Citizens mendominasi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pentas Eropah.

Beliau menegaskan The Citizens bukan sahaja mesti memenangi Liga Juara-Juara tetapi melakukannya lebih daripada sekali untuk dianggap antara yang hebat.

Iklan
Iklan

Guardiola tidak meragui tentang kecemerlangan pasukannya dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, namun ia masih belum mencukupi dan merasakan mereka memerlukan kejayaan yang lebih besar di pentas Eropah untuk benar-benar melakar sejarah.

"Pasukan-pasukan itu berjaya di Eropah, bukan hanya sekali, tetapi berkali-kali. Kami masih tidak melakukannya,” ujar Guardiola.

Iklan
Iklan

The Citizens menjadi pilihan terbaik untuk memenangi Liga Juara-Juara buat kali pertama musim ini selepas mara ke final bulan depan menentang Inter Milan selepas kemenangan mengejut ke atas juara bertahan Real Madrid pada pertengahan minggu.