Zakat Yan hulur bantuan kepada mangsa puting beliung

Iklan
Logman menyampaikan sumbangan kepada mangsa puting beliung di Kampung Raga.

YAN - Pejabat Zakat Daerah Yan menghulurkan sumbangan kepada mangsa yang terjejas akibat bencana puting beliung baru-baru ini.

Pegawai Zakat Daerah Yan Logman Husain berkata, sebagai bantuan awal pihaknya telah menyerahkan kit bantuan kepada mangsa.

Iklan
Iklan

Katanya, bantuan susulan dari segi kewangan akan diuruskan secepat mungkin bagi memastikan mangsa dapat kembali berteduh di rumah mereka.

"Kesemua mangsa yang rumah mereka musnah teruk kini menumpang di rumah saudara mara sementara rumah mereka dibaiki semula.

Iklan
Iklan

"Kita faham yang bulan puasa juga semakin hampir Insya-ALLAH kita akan cuba percepatkan urusan membaik pulih rumah mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bantuan yang diberikan dapat membantu mangsa membaik pulih rumah yang terjejas akibat puting beliung.