Nazri serah watikah pelantikan kepada Presiden Biden
Iklan
Ketika sesi penyerahan kepada Presiden Joe Biden, Mohamed Nazri menyatakan komitmen Malaysia dalam mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang telah lama terjalin. - Gambar White House
KUALA LUMPUR - Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah menyerahkan watikah pelantikan beliau sebagai Duta Besar kepada Presiden negara itu, Joe Biden di White House baru-baru ini.
Ketika sesi penyerahan itu, Mohamed Nazri menyatakan komitmen Malaysia dalam mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan AS yang telah lama terjalin.
Iklan
Iklan
"Pada 2022, Amerika Syarikat telah diletakkan di tangga ketiga sebagai rakan dagangan utama, negara ketiga terbesar sebagai destinasi eksport dan antara yang keempat sebagai sumber import,” kata pejabat kedutaan Malaysia di Washington dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Dalam pertemuan tersebut, Mohamed Nazri ditemani isterinya Datin Seri Haflin Saiful. - Awani
Iklan
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>