Kerajaan Perpaduan tidak boleh gagal seperti Muafakat Nasional
Iklan
Ahmad Maslan
PONTIAN - Kesemua 19 parti gabungan yang membentuk Kerajaan Perpaduan termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mempertahankan gabungan berkenaan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kegagalan Piagam Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan Pas sebelum ini seharusnya dijadikan pengajaran agar tidak berulang dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Iklan
Iklan
"MN dimeterai 14 September 2019, sementara Konvensyen Perpaduan pula diadakan 14 Mei lalu yang dihadiri ahli dan pemimpin pelbagai parti seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang menunjukkan kepelbagaian bangsa.
"Keadaan ini berbeza dengan MN, di mana hanya dihadiri oleh masyarakat Melayu dan Islam di atas pentas Penyatuan Ummah namun tidak berjaya mencapai matlamat yang diharapkan,” katanya.
Iklan
Timbalan Menteri Kewangan I itu berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri gabungan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pontian di Dewan UMNO Pontian di sini pada Selasa malam.
Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang pertama kali sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan enam bulan lalu.
Iklan
Konvensyen melibatkan hampir 10,000 perwakilan dan penyokong daripada 19 parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan diadakan secara serentak dengan Konvensyen Wanita, Pemuda dan Puteri.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>