Jenazah lima beranak korban nahas selamat dikebumi dalam satu kubur
Iklan
BERITA SEMASA 17 MEI 2023
Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Panjang, Padang Rengas diselubungi suasana pilu apabila lima van jenazah memasuki kawasan pekarangan membawa lima beranak yang maut dalam nahas Kilometer 310.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Kampar pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Iklan
Iklan
Deretan van jenazah diiringi kenderaan polis tiba di pintu pagar utama tanah perkuburan pada jam 5.55 petang.
Semua jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Al Hadhari yang turut dihadiri kira-kira 500 orang sebagai penghormatan terakhir.
Iklan
Jenazah selesai dikebumikan jam 6.50 petang dalam satu liang lahad atas permintaan keluarga setelah selesai menjalani bedah siasat dan pemeriksaan saringan Covid-19 di Hospital Kampar dan Tapah.
Azriyani Abdul Latif, 45, dikebumikan bersama empat anaknya iaitu Muhammad Azib Nasaruddin, 23, Siti Nur Aminah Nasaruddin, 8, Muhammad Fawwaz Nasarudin, 7, dan Ahmad Uwais Qorni Nasaruddin, 5.
Iklan
Artikel: https://bit.ly/41E9uUr
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Rogol anak hingga lahirkan bayi, bapa durjana dipenjara 12 tahun" /><meta itemprop="description" content="Rogol anak hingga lahirkan bayi, bapa durjana dipenjara 12 tahun
BERITA SEMASA 8 MEI 2024 
Perbuatan terkutuk seorang bapa merogol anak kandungnya sejak usia mangsa 12 tahun sehingga melahirkan anak akhirnya terhukum apabila Mahkamah Sesyen Seremban menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan lima sebatan pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli .
Hakim, Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman terbabit terhadap tertuduh yang berusia 44 tahun selepas menerima pengakuan bersalahnya atas pertuduhan dibacakan.
Keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira pertimbangan rayuan dibuat tertuduh serta faktor pemberatan dihujahkan Timbalan Pendakwa Raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663578/berita/semasa/rogol-anak-hingga-lahirkan-bayi-bapa-durjana-dipenjara-12-tahun
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #Mahkamah #Rogol" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-08T08:27:58.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/WGKnU1cEpXhkOg0BT/x180" /><meta itemprop="duration" content="P114S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8y6q8u" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8y6q8u"></script>