Masih perlukan RM1.5 juta siapkan masjid - Pengerusi maahad
Iklan
Masjid Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau yang dibina di Bukit Tapis Kampung Jerimbong, Kuala Balah, Jeli. - Foto Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau
JELI - Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau di sini mahu pembinaan masjid di institusi itu dipercepatkan bagi membolehkan pelajar beribadah dengan selesa.
Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau, Kameruzaman Ab Rahman berkata, pembinaan bangunan itu bakal menjadi kenyataan selepas mendapat sambutan daripada pemberi sumbangan.
Iklan
Iklan
"Masjid dibina di Bukit Tapis Kampung Jerimbong, Kuala Balah bermula pertengahan tahun lalu itu bagaimanapun masih memerlukan dana berjumlah RM1.5 juta untuk siap sepenuhnya.
"Masjid mempunyai kelengkapan ruang solat, tempat wuduk dan pejabat itu boleh memuatkan kira-kira 300 pelajar pada satu masa,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Iklan
Beliau berkata, masyarakat yang jauh dari kawasan pusat bandar juga akan mendapat kemudahan menghantar anak-anak ke maahad itu.
"Kami menumpukan pada pembinaan masjid sebelum bangunan lain,” katanya.
Iklan
Orang ramai yang mahu menyumbang boleh terus ke akaun Maybank 5530-5641-4773 atau menghubungi pembantu tahfiz terbabit, Baihaqi Kameruzaman di talian 014- 5305 331.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>