Kerajaan bakal naikkan elaun guru - PM

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) melancarkan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2023, di MITC, Ayer Keroh. Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (kiri) dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. - Foto Bernama.

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kenaikan elaun guru-guru menjadi fokus kerajaan dalam menjaga kebajikan guru-guru.

Beliau berkata, bagaimanapun kenaikan elaun itu bukanlah pada ketika ini dan ia akan diputuskan selepas pendapatan dan hasil negara bertambah di masa akan datang.

Iklan
Iklan

"Dalam memberikan upah dan gaji berpatutan kepada warga pendidik, negara bagaimanapun memerlukan dana tambahan yang mencukupi.

"Antara keutamaan saya ialah menaikkan elaun guru-guru dan perkhidmatan awam. Tetapi jangan minta sekarang, beri sedikit lagi masa dan kesempatan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 Tahun 2023 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di Ayer Keroh di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Iklan

Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan kali ke-52 bertemakan 'Guru Insani Pemangkin Generasi Madani' turut menyampaikan dua anugerah iaitu Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2023 fan Tokoh Guru Kebangsaan 2023.