Program Cuti-cuti Cikgu antara 10 'hadiah' warga pendidik

Iklan
Fadhlina

MELAKA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan 10 prakarsa sempena Sambutan Hari Guru 2023 bagi memberi fokus kepada kebajikan guru termasuk mengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan negara.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, prakarsa yang diumumkan itu termasuk KPM dengan kerjasama rakan strategik akan menyediakan peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-cuti Cikgu mampu milik yang diperkenalkan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, program ini ditawarkan melalui potongan harga tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan darat serta taman tema dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, (Tourism Malaysia), Kementerian Pengangkutan Malaysia, dan beberapa agensi lain.

"KPM juga bersetuju memberi kebenaran dan kelonggaran kepada guru di semua institusi pendidikan bawah KPM memakai baju korporat bagi memberi keselesaan semasa bertugas," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Guru 2023 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Iklan

Lapan prakarsa lain yang diumumkan iaitu penambaikan surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2002 Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan dan peluasan sekolah Komprehensif K9 dengan pertambahan 10 sekolah lagi dalam usaha mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalaman dan Orang Asli.

Selain itu, perluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke negeri Sabah dan KPM bersama-sama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) terus memperkasa pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan.

Pemansuhan kutipan sumbangan Hari Guru dan mempertingkat peranan kumpulan Guru Insani Malaysia.

Tidak ketinggalan mempertingkatkan peranan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dalam meningkatkan profesionalisme guru dan menjaga kebajikan guru serta penambahbaikan Standard Guru Malaysia 2.0.