Tukang cat maut terkena renjatan elektrik

Iklan
Mangsa tiba-tiba rebah selepas memegang besi pagar belakang kawasan bengkel tempatnya bekerja. - Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik di tempat kerjanya di sebuah bengkel cat kereta di Kampung Sinulihan Inanam di sini pada petang Isnin.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, lelaki berusia 39 tahun yang berkerja sebagai tukang cat kenderaan tiba-tiba rebah selepas memegang besi pagar belakang kawasan bengkel berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris berkata, kejadian itu disedari rakan sekerja mangsa yang keluar berehat di belakang bengkel berkenaan.

Iklan

"Saksi kemudian menarik mangsa dan merasakan ada aliran arus elektrik sebelum mangsa terus rebah serta tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, pihak ambulans yang tiba di lokasi segera membuat pemeriksaan terhadap mangsa sebelum disahkan telah meninggal dunia.

Iklan