Syafiq Zuber legakan kontinjen negara, sumbang emas ke-30

Iklan
Muhammad Syafiq menghadiahkan pingat emas ke-30 buat kontinjen negara apabila mengungguli kategori kyorugi lelaki bawah 80kg.

ATLET taekwondo, Muhammad Syafiq Zuber menghadiahkan pingat emas ke-30 buat kontinjen negara pada Sukan SEA Kemboja 2023 apabila mengungguli kategori kyorugi lelaki bawah 80 kilogram (kg), di sini, pada Isnin.

Pada saingan final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar di sini, atlet berusia 23 tahun itu bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan lawannya dari Indonesia, Naufal Khairudin Osanando, 2-1.

Iklan
Iklan

Kejayaan tersebut juga mengulangi pencapaiannya pada edisi di Hanoi, Vietnam, tahun lalu apabila meraih emas dalam acara berkenaan.

Pencapaian Muhammad Syafiq itu sekali gus melegakan kem negara yang ketandusan pingat emas pada hari ke-10 temasya itu hari ini.

Iklan

Pingat emas dimenangi Muhammad Syafiq itu adalah ketiga daripada skuad taekwondo selepas dua emas diraih dalam acara poomsae, sebelum ini. - Bernama

Iklan