Kalimah ALLAH: ABIM tuntut penjelasan kerajaan
Iklan
SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menuntut kerajaan memberi penjelasan susulan penarikan semula rayuan kes berkaitan penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.
Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz menegaskan, ini kerana keputusan tersebut melibatkan kepentingan awam selain menimbulkan pertikaian berkaitan isu sensitif agama.