Warisan tidak bertanding PRN di 6 negeri - Syafie Apdal

Iklan
Mohd Shafie ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka ADUN Tanjung Aru Anjuran Bersama Bahagian Putatan di Tanjung Aru Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Parti Warisan (Warisan) tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan hanya membantu menyokong calon yang akan bertanding nanti.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara itu telahpun disampaikan kepada pemimpin parti Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Saya sudah nasihatkan untuk mereka jangan bertanding dan saya telah maklumkan dalam mesyuarat induk Perpaduan baru-baru ini bahawa kita tidak akan minta kerusi walaupun pada peringkat awal ada usaha nak bagi Warisan di Kedah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka ADUN Tanjung Aru Anjuran Bersama Bahagian Putatan di Tanjung Aru pada malam Rabu.

Iklan

Mohd Shafie berkata, keputusan itu termasuk tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai yang disandang Bryan Lai Wai Chong di Selangor.

"Bila saya bincang dengan dia (Bryan Lai), selepas itu saya bincang dengan Menteri Besar dan saya ada cadangan dan itu terserah dengan Menteri Besar bagaimana untuk membantu," katanya.

Iklan

Tambah beliau lagi, PRN itu berlangsung di enam negeri di mana Warisan tiada jenteranya sendiri namun mempunyai penyokong yang boleh membantu calon yang akan bertanding nanti.