15 maut bas jatuh jambatan di India
Iklan
NEW DELHI - Kemalangan bas di negeri tengah India Madhya Pradesh pada Selasa mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang.
Kira-kira 25 penumpang lain turut cedera apabila bas itu terjatuh dari jambatan di daerah Khargone, kira-kira 320 kilometer dari ibu negeri Bhopal.