'Anwar: The Untold Story' buat PM tersentuh
Iklan
'Anwar: The Untold Story' buat PM tersentuh
BERITA SEMASA 9 MEI 2023
Iklan
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersentuh dengan filem"Anwar: The Untold Story” yang mengangkat kisah perjuangan politik beliau.
Beliau berkata, walaupun keseluruhan dialog dan penceritaan tidak 100 peratus sama, namun isu yang dibangkitkan dalam karya berkenaan adalah kejadian sebenar.
Iklan
Bagaimanapun, beliau sukar mengulas kerana ada episod sakit dan menyedihkan yang telah dilupakannya.
Anwar turut memuji hasil karya sutradara dari Indonesia itu yang disifatkan pintar dan hebat kerana mampu meringkaskan penceritaan selama 23 tahun kepada filem berdurasi kira-kira 90 minit.
Iklan
Dalam pada itu, Anwar berharap berpeluang mendengar runut bunyi filem berkenaan berjudul"Menjaga Cintamu" nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang tidak sempat diperdengarkan pada sesi tayangan itu susulan masalah suntingan.
Sementara itu, Dr Wan Azizah bersyukur dan berharap agar filem berkenaan mampu menangkis semua persepsi negatif yang pernah dilemparkan terhadap Anwar.
Filem berlatarkan antara 1993 dan 1998 itu menceritakan mengenai perjalanan hidup Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta perjuangannya dalam menentang amalan rasuah.
Artikel: https://bit.ly/42BfsX7
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Pasangan suami isteri bersama dua lagi wanita disambung reman empat hari sehingga Ahad ini susulan kematian seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dipercayai akibat didera, Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Perintah tahanan reman kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 42 tahun itu yang ditahan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini Khamis lalu dibenarkan oleh Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Sebelum ini, kesemua suspek direman selama enam hari bermula Jumaat hingga Rabu.
Difahamkan, pasangan suami isteri yang juga pengasuh kepada kanak-kanak berkenaan diwakili peguam, Mohd Daud Ismail dan Alina Wong manakala kedua-dua wanita terbabit tidak diwakili peguam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662294/berita/semasa/empat-disambung-reman-bantu-siasatan-bayi-maut-disyaki-didera
Muzik: Elevate dari www.bensound.com