Laman web SPRM papar 'garis masa' kes berprofil tinggi
Iklan
Laman web SPRM memaparkan garis masa kes berprofil tinggi yang berkepentingan awam.
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat julung kalinya memaparkan 'garis masa' kes pada laman web rasminya bagi memudahkan orang ramai meneliti perjalanan lengkap, siasatan dan perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi serta menarik perhatian umum.
Semakan Sinar Harian mendapati sejumlah 12 kes rasuah berkepentingan awam yang masih dibicarakan di mahkamah telah dimuat naik dalam ruangan garis masa di laman sesawang berkenaan setakat ini selepas inisiatif itu diperkenalkan sejak Jumaat lalu.
Iklan
Iklan
Antara 12 kes yang dimuat naik di laman https://www.sprm.gov.my/ tersebut ialah dua kes melibatkan bekas menteri iaitu bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Satu kes membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Bung Moktar Radin dan isteri, Zizie Izette A Samad serta satu kes lagi melibatkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Iklan
Lapan kes lain berkait pemulangan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pindaan audit 1MDB, dana RM2.6 bilion 1MDB serta SRC International, kes Pristine Offshore Sdn Bhd, kes kartel perolehan (Datuk Adly Kamarudi), Op Selat (kebolosan warga asing) dan kes OP Water Sabah (Jabatan Air Negeri Sabah).
Menerusi laman sesawang itu, SPRM berkata, inisiatif garis masa kes diperkenalkan untuk memberikan maklumat rasmi secara tepat kepada orang ramai tentang status kes tertentu SPRM yang berkepentingan awam.
Iklan
"Suruhanjaya ini akan memberikan seberapa banyak maklumat yang boleh dilaporkan tanpa mengganggu siasatan yang sedang dijalankan, menjejaskan hak tertuduh bagi mendapatkan perbicaraan yang adil, atau menyebabkan kerosakan reputasi, atau kemudaratan kepada individu atau organisasi yang sedang disiasat.
"SPRM secara amnya tidak akan mengulas mengenai sesuatu siasatan sehingga pertuduhan (jika ada) difailkan," katanya.
SPRM menjelaskan, bagaimanapun, situasi itu mungkin berubah jika isu tersebut amat menarik perhatian umum dan telah mendapat liputan media secara meluas.
"Sekiranya ini berlaku, SPRM mungkin akan mengesahkan siasatan tanpa mendedahkan butiran," ujarnya.
Dua pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Jumaat atas pertuduhan menganiaya kanak-kanak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Cenderawasih Indah pada Mei dan Ogos lalu.
Tertuduh, Norlida Abdul Razak, 39, dan Zairifah Zainal Abidin, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Hamri Thamri Mohamad @ Shaharudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795835/berita/semasa/dua-pengasuh-mengaku-tidak-bersalah-aniaya-kanak-kanak-di-taska
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.