Kembalikan Malaysia negara rentas kaum, agama
Iklan
Mengangkat Malaysia kembali kepada nilai asal sebuah negara merentasi kaum dan agama adalah antara agenda Pemuda UMNO sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 14 Mei ini. (Gambar kecil: Dr Muhamad Akmal)
SHAH ALAM - Mengangkat Malaysia kembali kepada nilai asal sebuah negara merentasi kaum dan agama adalah antara mesej penting yang akan dibawa Pemuda UMNO sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang dijadualkan berlangsung pada 14 Mei ini.
Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sudah tiba masa ia dikembalikan dengan kerjasama antara parti yang membentuk kerajaan.
Iklan
Iklan
Justeru, beliau melihat pentingnya segala tindakan dan keputusan yang diambil dibuat secara berhikmah dan bersederhana.
"Itulah asas UMNO dari dahulu sampai sekarang yang mana kita tidak terlalu ekstrem.
Iklan
"Paling penting adalah sebagai pemimpin muda dalam Kerajaan Perpaduan, saya melihat rakyat hari ini tidak lagi mahu pemimpin kita terlalu banyak berpolitik,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Beliau menjelaskan, rakyat tidak mahu lagi menyaksikan ketidakstabilan berlaku dalam sejarah politik negara yang sudah tentu menjurus kepada kehancuran ekonomi.
Iklan
"Paling ditakuti adalah apabila rakyat tidak lagi mempercayai kepada orang politik. Jadi, kita bertanggungjawab untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin.
"Apa yang boleh pemimpin muda mulakan adalah menggunakan pendekatan dan cara baharu, tidak terlalu banyak berpolitik serta mengejar kuasa.
"Kita nak memudahkan urusan rakyat, bukannya menyusahkan mereka. Itu antara agendanya,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Jelas Dr Muhamad Akmal, konvensyen yang bersejarah itu sudah tentu menjadi langkah pertama untuk kebersamaan Kerajaan Perpaduan dan menjadi titik tolak permulaan kepada perhubungan yang lebih erat.
Dari situ katanya, kesemua 19 parti terlibat boleh saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.
"Bagi memastikan sebuah hubungan itu kekal lama, mesti ada saling hormat-menghormati, memahami dan paling penting adalah jangan kita sentuh perkara yang sensitif.
"Jika kita boleh asimilasikan dalam hubungan Kerajaan Perpaduan ini, saya yakin kerajaan ini akan bertahan.
"Kita mengharapkan ia akan menjadi satu permulaan yang baik untuk parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, seterusnya memberikan sinar dan harapan baharu untuk rakyat Malaysia,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>