Nelayan dikhuatiri hilang

Iklan
Bot mangsa ditemui di muara Sungai Semilang pagi tadi.

BUKIT MERTAJAM - Seorang nelayan dikhuatiri hilang selepas terjatuh daripada botnya di peraian Sungai Semilang, Batu Kawan di sini, pagi tadi.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, mangsa, Md Kassim Chat, 65, dikatakan keluar ke laut dari jeti pada jam 6 pagi namun botnya ditemui oleh beberapa nelayan di muara sungai berkenaan pada jam 11 pagi.