Tedung tikus sembunyi dalam laci pelajar
Iklan
Anggota APM, Muhammad Ashraf Mohd Anim, menunjukkan tedung tikus yang ditangkap ketika sedang bersembunyi di dalam laci meja pelajar Tingkatan Empat Fikir di bangunan blok C, SMKSM, Umbai di sini, hari ini.
JASIN - Seekor ular tedung tikus dikenali sebagai rusuk kerbau atau 'Copperhead Racer' ditemui di dalam sebuah kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota (SMKSM), Umbai di sini, hari ini.
Kehadiran reptilia berkenaan disedari seorang guru wanita berusia 40-an ketika ular itu dalam keadaan melingkar sebelum bersembunyi di dalam laci meja pelajar Tingkatan Empat Fikir di bangunan blok C.
Iklan
Iklan
Menurut Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jasin, Lans Koperal (PA) Osman Ahmad, dalam kejadian jam 11.45 pagi tadi itu, pihaknya menerima panggilan bagi mendapatkan bantuan menangkap ular.
"Sebaik tiba, kami diberitahu pengadu warna ular dan corak di badannya dan kami percaya ular terbabit bukan jenis berbisa.
Iklan
Selepas diberitahu lokasi ular itu bersembunyi, seorang anggota menyelongkar laci meja yang dimaksudkan dan mengeluarkan ular terbabit menggunakan tangan.
"Jadi kami sahkan ular ini jenis rusuk kerbau dan tidak berbisa, namun boleh menggigit.
Iklan
"Ular ini boleh mendatangkan cedera jika mangsa menarik ular ini dari anggota badan yang digigit sehingga boleh menyebabkan koyakan," kata Osman.
Ular sepanjang kira-kira 1.5 meter itu mempunyai fizikal seakan tedung selar.
Menurutnya, ular sepanjang kira-kira 1.5 meter itu mempunyai fizikal seakan tedung selar, hanya memakan tikus, namun reptilia itu dikatakan mempunyai pergerakan pantas selain mampu melonjakkan dirinya.
Tinjauan Sinar Harian mendapati ular terbabit ditemukan dalam sebuah bilik darjah yang uzur tanpa tingkap, membolehkan haiwan terbabit masuk ke dalam kelas dengan mudah.
Namun, mujur kejadian berlaku ketika cuti hujung minggu dan tiada pelajar dalam kelas terbabit.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.