Guardiola waspada muslihat Allardyce di Etihad
Iklan
Pep Guardiola. - Foto AFP
PENYANDANG juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City menjangkakan tentangan sengit Leeds United apabila kedua-dua pasukan berentap di Stadium Etihad pada Sabtu.
Malah, pengendali The Citizens, Pep Guardiola menegaskan pengalaman Sam Allardyce dalam saingan liga teratas menjadi cabaran kepada pasukan tuan rumah.
Iklan
Iklan
"Ya, sudah pastinya satu perlawanan sukar, tambahan pula kehadiran Allardyce sebagai pengurus bagi mengelak penyingkiran.
"Semua tahu dia mempunyai karisma dan pengalaman yang akan memberi tekanan kepada pemain.
Iklan
"Paling penting, dia tahu dengan tepat apa yang perlu dilakukan pasukannya dalam perlawanan penting ini,” kata pengendali berusia 52 tahun itu yang mengakui usia bukan faktor untuk menjadi pengurus yang baik.
Allardyce, 68 tahun dilantik menggantikan Javi Gracia yang dipecat sebelum ini untuk mengharungi empat perlawanan terakhir liga.
Iklan
LIGA PERDANA INGGERIS
SABTU (6 MEI)
Bournemouth lwn Chelsea, 10 malam
Manchester City lwn Leeds United, 10 malam
Wolves lwn Aston Villa, 10 malam
Tottenham Hotspur lwn Crystal Palace, 10 malam
AHAD (7 MEI)
Liverpool lwn Brentford, 12.30 tengah malam
Newcastle United lwn Arsenal, 11.30 malam
ISNIN (8 MEI)
West Ham United lwn Manchester United, 2 pagi
Fulham lwn Leicester City, 10 malam
SELASA (9 MEI)
Brighton lwn Everton, 12.30 tengah malam
Nottingham Forest lwn Southampton, 3 pagi
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim masih memerlukan pemantauan rapi meskipun telah dipindahkan ke wad biasa daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam, susulan disimbah asid baru-baru ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, proses rawatan yang diberikan kepada Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim itu mengambil masa panjang dan beliau kini menunjukkan perkembangan positif.
Adam Adli berkata, Faisal Halim kini dalam proses rawatan yang cukup sensitif dan semua pihak diminta untuk tidak menganggu emosi beliau.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664858/berita/sukan/faisal-halim-masih-perlu-pemantauan-rapi---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com