MPV Exco Terengganu dipancitkan di Melaka
Iklan
Rakaman CCTV menunjukkan pelaku memancitkan tayar kenderaan Dr Azman.
KUALA TERENGGANU - Tayar kenderaan peribadi Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim dipancitkan individu tidak dikenali.
Kejadian itu disedari kira-kira jam 8.30 pagi tadi ketika beliau mahu keluar dari hotel di Ayer Keroh, Melaka untuk pulang ke Terengganu.
Iklan
Iklan
"Pagi ni bila keluar dari penginapan di Ayer Keroh, tengok tayar depan sebelah kanan kereta saya pancit. Mula-mula memang saya ingat ia kes tayar pancit biasa. Call kawan-kawan minta tolong hantar mekanik tayar.
"Tapi bila diteliti lebih dekat, baru perasan penutup angin tidak ditutup kemas. Tengok dalam penutup angin ada batu kecil,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, hari ini.
Iklan
Menyedari sesuatu tidak kena, Dr Azman yang juga ADUN Jabi memohon kerjasama petugas hotel untuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati ia perbuatan khianat individu yang dipercayai pemandu bas sebelah keretanya.
Menurut nya, rakaman itu jelas menunjukkan individu itu melakukan sesuatu pada tayar kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima beliau yang diparkir bersebelahan sebuah bas malam tadi.
Iklan
"Memang jelas, ia angkara pemandu bas lelaki yang parkir bersebelahan kereta saya malam tadi. Pagi ini bila bas nak keluar, ada nampak dia kena reverse (undur) sikit, tapi tak lah sampai tak boleh keluar.
"Saya pun tak tahu apa motif dia pancitkan tayar kereta saya. Buka penutup angin tayar depan sebelah kiri pun rupanya ada batu kecil tapi angin tak sempat keluar habis,” katanya.
Berikutan kejadian itu, Dr Azman menghubungi balai polis berhampiran dan menyerahkan kepada pihak pengurusan hotel untuk membuat laporan bersama bukti CCTV yang ada.
Dr Azman berada di Melaka selama dua hari bersama rombongan DUN Jabi bagi menjayakan program Jauhlah Tarbiyah dan dijadualkan pulang ke Terengganu hari ini.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal