Ribut: 176 ketua isi rumah terima bantuan RM3,000
Iklan
Onn Hafiz melihat keadaan rumah mangsa ribut yang rosak di Kampung Melayu Majidee.
JOHOR BAHRU - Seramai 176 ketua isi rumah di Kampung Melayu Majidee di sini yang kediaman mereka terjejas akibat ribut semalam, akan menerima bantuan berjumlah RM3,000.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan itu akan disalurkan menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor, Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan Pejabat Menteri Besar Johor dengan masing-masing berjumlah RM1,000.
Iklan
Iklan
"Saya berkesempatan turun ke kawasan berkenaan bagi menziarahi dan mendengar rintihan mangsa yang terlibat serta melihat tahap kerosakan.
"Justeru, kerajaan negeri bersetuju untuk meluluskan peruntukan segera bagi setiap isi rumah terjejas," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Khamis.
Iklan
Onn Hafiz turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd Hairi Mad Shah serta Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor kerana turut bersama turun padang bagi melawat mangsa terjejas.
Kejadian ribut yang berlaku sekitar jam 2.48 petang semalam itu turut menyebabkan tiga kereta rosak akibat dihempap pokok tumbang.
Iklan
Sementara itu, Ahli Lembaga Yayasan Bandaraya Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar memaklumkan, peruntukan itu bertujuan menyelesaikan keperluan jangka masa pendek mangsa terlibat.
"Data penerima yang layak akan disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum peruntukan boleh disalurkan. Kita berharap agar peruntukan ini dapat diagih segera, selewat-lewatnya minggu depan," katanya kepada pemberita selepas melawat kediaman mangsa terjejas. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>