Pelajar UiTM peroleh markah ACCA kedua tertinggi di dunia
Iklan
Julea Qiestyna berjaya memperoleh markah tertinggi di dalam peperiksaan ACCA yang diumumkan pada April lalu.
IPOH - Seorang pelajar perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencipta sejarah mengharumkan nama negara apabila memperoleh markah kedua tertinggi di dunia dalam keputusan peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) pada April lalu.
Julea Qiestyna Abu Zar, 19, pelajar ACCA FIA Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Perak itu memperoleh 98 daripada 100 markah yang peruntukkan di dalam peperiksaan tersebut.
Iklan
Iklan
Beliau yang dihubungi Sinar Harian pada Rabu meluahkan rasa bangga memperoleh markah setinggi itu.
"Saya sendiri tak sangka berjaya mendapat markah sebanyak itu kerana persediaan yang dibuat untuk menghadapi peperiksaan itu sama seperti rakan-rakan yang lain.
Iklan
Ditanya mengenai petua kejayaan itu, Julea Qiestyna dengan rendah diri memberitahu tidak ada amalan tertentu yang dilakukan sebaliknya menasihati rakan-rakan supaya tekun belajar.
Menurutnya, sebagai seorang pelajar perlu selalu bertanya dengan pensyarah serta berkongsi ilmu dengan rakan-rakan.
Iklan
Dalam pada itu, kejayaan tersebut turut mendapat pujian daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang mengucapkan tahniah menerusi hantaran di Facebook.
Kejayaan Julea Qiestyna itu diumumkan menerusi Facebook UiTM Cawangan Perak pada Selasa dan turut mendapat reaksi lebih 12,000 pengguna media sosial berkenaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>