Bayi antara mangsa nahas dua bas, satu kereta

Iklan
Bayi berusia sebulan antara empat mangsa kemalangan melibatkan dua buah bas ekspres dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Timur Barat, Jeli pada Selasa.

JELI - Bayi berusia sebulan antara empat mangsa kemalangan melibatkan dua bas ekspres dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Timur Barat di sini pada Selasa.

Bagaimanapun kejadian jam 3 petang itu tidak mencederakan mangsa, Nur Aurora Medina Mohamad Amirulizman dan kakaknya, Nur Adelia Malaiqa, 3.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, ibu bapa kepada kedua-dua kanak-kanak terbabit iaitu Mohamad Amirulizman Suhaimi, 29, tidak mengalami kecederaan kecuali sakit di bahagian badan sementara Ain Zulaikha Raja Ismail, 29, patah tulang pinggul.

"Apabila sampai di lokasi kejadian kereta yang dipandu lelaki berkenaan dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan di kawasan selekoh,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Menurut beliau, disebabkan itu kereta terbabit melanggar sisi kanan bas ekspres pertama dan kemudian dilanggar oleh bas kedua di bahagian hadapan sebelah kanan.

Ujarnya, kesemua penumpang kedua-dua bas tidak mengalami kecederaan.

Iklan