Curi batu nisan: JAINJ tambah baik SOP di tanah perkuburan
Iklan
Laporan Sinar Harian.
JOHOR BAHRU - Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengambil tindakan menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa, di sini susulan kes kecurian batu nisan di kawasan tersebut baru-baru ini.
Pengarahnya, Jamaludin A. Hamid berkata, antaranya menetapkan waktu masuk ziarah bagi pelawat bermula dari jam 7 pagi hingga 6 petang dan hanya satu laluan utama dibuka seperti disarankan pihak polis, berbanding tiga pintu untuk memasuki ke kawasan itu sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Pengurusan masjid dan kubur juga akan mengambil inisiatif mengupah atau menambah kakitangan sukarelawan bagi meningkatkan aktiviti rondaan di kawasan tanah perkuburan terutama pada waktu malam.
"JAINJ juga akan memberi dana kepada pihak pengurusan tanah perkuburan itu untuk menaik taraf kawasan tersebut termasuk penyelenggaraan dari segi keceriaan, kebersihan dan pencahayaan lampu serta di bangunan stor kerana terdapat juga cubaan untuk pecahkan tabung,” katanya kepada pemberita di Tanah Perkuburan Taman Istimewa di sini pada Selasa.
Iklan
Ditanya mengenai punca kecurian batu nisan tersebut, Jamaludin tidak menolak kemungkinan 11 batu nisan yang dicuri itu untuk dijual semula berikutan harga yang tinggi di pasaran.
Menurutnya, selain nisan batu sungai, turut dilaporkan hilang adalah batu nisan jenis Terazo dan Marble.
Iklan
"Kita faham selepas Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ada yang ambil kesempatan dan jalan mudah. Nisan batu sungai yang dicuri itu berharga lebih kurang RM450 satu, jadi agak lumayan,” katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kehilangan batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa yang dikesan ketika waris datang melawat.
Sebanyak 11 kubur ‘hilang’ batu nisan dipercayai dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab untuk dijual semula. - Bernama
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.